“Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]

TravelLifestyle
26 Jun 2026 • 5:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat penduduk Negeri Sembilan, Wet World Pedas yang telah dibuka sejak 1999 pasti membawa seribu satu kenangan nostalgia lebih-lebih lagi kepada mereka yang menggemari kolam air panas di sana.

Namun pada 2020, ia telah ditutup akibat pandemik Covid-19 sebelum kembali dibuka dengan wajah baharu dan dinaik taraf dengan pelbagai jenis tarikan yang menyeronokkan serta mesra kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Wet World Pedas Bakal Berwajah Baru? Ramai Teruja & Imbau Kenangan Lama Di Taman Tema Air Ini [Video]

Wanita Kongsi Pengalaman Kunjungi Wet World Pedas

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Syuhada menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya telah berkongsi pengalaman menyeronokkan bersama keluarga semasa mengunjungi Wet World Pedas Waterpark.

Jelasnya, dengan harga tiket serendah RM35 sahaja, mereka boleh menggunakan pelbagai fasiliti di sana termasuklah pelampung untuk kegunaan di kolam renang.

Apa yang membuatkan Syuhada berpuas hati dengan percutiannya adalah taman tema air itu dikatakan sangat bersih, luas dan sesuai buat keluarga meluangkan masa bersama-sama di sana.

Pelbagai Tarikan Mesra Kanak-kanak Terdapat Di Wet World Pedas

Jelasnya, masa seharian adalah tidak mencukupi bagi menerokai semua tarikan di sana termasuklah:

  • Water Park
  • Adventure Park
  • Hotspring Pool
  • Hotspring Private Pool
  • Jurassic Centre
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Sumber: Threads (syuqetts)

Berpeluang Rasai Pengalaman ‘Pesta Buih’ Di Wet World Pedas

Syuhada menerusi perkongsian di laman TikTok juga ada berkongsi beberapa momen semasa berada di sana.

Menurut wanita tersebut, Wet World Pedas merupakan antara taman tema air yang menyediakan harga tiket berpatutan dan kebetulan berada di sana pada Hari Bapa sebelum ini, pihak Wet World Pedas telah menganjurkan pesta buih di mana pengunjung boleh bermandi-manda bersama buih di dalam kolam.

“Dia (suami) mandi buih dekat sini. Nak datang (Wet World Pedas) untuk anak tapi bapak yang paling excited (teruja),” katanya.

View on Threads

Boleh Bawa Keluarga Camping Di Wet World Pedas

Tambah Syuhada, Wet World Pedas turut menyediakan pakej perkhemahan serendah RM100 untuk dua kepala (pax).

Nak tempah pakej yang tersedia dengan aktiviti-aktiviti malam pun boleh!

@qetttsyu Seharian memang tak cukup kat sini…banyak aktiviti untuk family Anak happy, mak happy, bapak lagi happy jom la bawa family hujung minggu ni ! Wet World Pedas, Negeri Sembilan @Wet World Pedas #WetWorldPedas #FamilyDay #CutiSekolah #JomTeghojahNismilan #WeekendWithFamily ♬ original sound – syuhada

Tonton video penuh [DI SINI].

Keluarga Boleh Sewa Cabana Untuk Relax, Rehat & Letak Barang

Kebiasaannya, pengunjung yang datang pasti akan menyewa loker untuk meletakkan barangan dibawa.

Namun menurut Syuhada, anda boleh menyewa Cabana iaitu pondok kecil disediakan untuk meletakkan barang dan berehat, sesuai untuk keluarga yang ramai.

Kolam Air Panas Semula Jadi Wet World Pedas Dibuka 24 Jam

Untuk info, kolam air panas Wet World Pedas secara rasmi dibuka semula pada Disember tahun lalu. Kalau anda nak tahu, itu merupakan kolam air panas semula jadi pertama di Negeri Sembilan.

Lebih menariknya, ia dibuka selama 24 jam.

Peta Lokasi & Waktu Operasi

Sekadar info, Wet World Pedas Waterpark dibuka jam 10AM – 6PM. Harga tiket pula adalah seperti di bawah:

  • Dewasa: RM39
  • Kanak-kanak: RM35

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari [DI SINI].

Untuk Waze lokasi tekan [DI SINI].

Ramai Teruja Mahu Ke Wet World Pedas

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai, dilihat berminat dan mahu mengajak keluarga untuk mengunjungi Wet World Pedas tidak lama lagi.

“Macam best je, minggu depan saya mari,” kata seorang lelaki.

Pengunjung Puas Hati Dengan Fasiliti Di Wet World Pedas, N9

Menurut seorang wanita, taman tema air itu sangat berbaloi dan mesra kanak-kanak.

“Dah pernah pergi juga awal bulan hari tu. Berbaloi. Tempat dia bersih, bilik air pun bersih. Ruang solat pun sama. Memang mesra budak-budak. Cumanya kalau nak mandi tu ibu bapa kena perhati anak-anak sebab kurang pengawal keselamatan di setiap kawasan mandi. Jangan lepaskan anak mandi seorang diri,” kongsinya.

“Saya dah pergi hari tu. Selamat untuk anak, tempat pun bersih. Kalau untuk mandi tukar pakaian semua, tandas dia selesa!” tambah seorang lagi pengunjung.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Image from: “Tiket Dewasa RM39 Je?” – Ramai Teruja Lihat Wet World Pedas Waterpark N9, Siap Ada Pesta Buih [Video]
Sumber: Threads
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved