Tiket ‘Early Bird’ RWMF 2025 Kini Dijual Dengan Harga Istimewa

8 Mar 2025 • 8:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RWMF kembali tahun ini dengan tema Connections: One Earth, One Love

Tiket ‘Early Bird’ RWMF 2025 Kini Dijual Dengan Harga Istimewa. Peminat muzik dan budaya, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 kini kembali dan kali ini, mereka menawarkan harga tiket awal yang memang berbaloi untuk ‘early birds’.

Bakal berlangsung dari 20 hingga 22 Jun 2025, RWMF tahun ini akan menggamatkan Kampung Budaya Sarawak dengan persembahan luar biasa dari lebih 170 artis dari 20 negara! Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas termasuk:

  • The Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay
  • Otyken dari Siberia, Rusia
  • At Adau, ikon muzik etnik Sarawak
  • Dan banyak lagi!

image is not available
Tiket ‘Early Bird’ RWMF 2025 Kini Dijual Dengan Harga Istimewa

Tempah tiket awal untuk harga yang lebih jimat

Nak jimat? Sekarang lah masanya nak beli tiket! Harga Pas Sehari Dewasa bermula dengan RM235 (jimat RM98 berbanding harga jualan pintu). Kalau nak enjoy festival selama tiga hari pula, Pas Tiga Hari Dewasa hanya RM635 lebih murah RM200 daripada harga pintu! Kanak-kanak 3-12 tahun RM80 manakala kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma!

image is not available
Sumber gambar: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak

Dapatkan diskaun penerbangan sehingga 20% untuk ke Kuching

Nak ke Kuching untuk RWMF? Malaysia Airlines (MH) & Firefly (FY) ada promo diskaun 20% untuk penerbangan ke Kuching!

Gunakan kod promo, Malaysia Airlines: MHRWMF25 atau Firefly: FYRWMF25

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: