Tiket Konsert Solo Pertama Taeyang Dalam 7 Tahun Habis Dijual Hanya Dalam Masa 5 Minit

Music
21 Jul 2024 • 2:57 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Taeyang BIGBANG sekali lagi telah membuktikan impak hebatnya sebagai seorang penyanyi!

Baru-baru ini, Taeyang telah mengumumkan konsert solo pertamanya dalam 7 tahun ‘The Light Year’ di Seoul, yang akan berlangsung pada Ogos nanti.

Selepas jualan tiket dibuka pada 17 Julai lalu, media melaporkan bahawa tiket untuk dua hari konsert itu telah berjaya dijual hanya dalam masa 5 minit, membuktikan popularitinya yang tak pernah pudar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__)

Dengan ini, ramai yang semakin teruja untuk melihat persembahan yang penyanyi itu akan sediakan untuk peminat dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, konsert Taeyang ‘The Light Year’ akan diadakan pada 31 Ogos dan 1 September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.