Tiket Mula Dijual 19 Januari Ini, ATEEZ, LE SSREAFIM & The Rose Bakal Beraksi Di Coachella 2024

Music
17 Jan 2024 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Konsert Coachella kembali lagi!

Terkini, pihak festival muzik popular di Amerika Syarikat, Coachella, telah mengeluarkan senarai barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan pada tahun ini. Apa yang menarik perhatian peminat K-Pop, kumpulan ATEEZ, LE SSERAFIM dan The Rose akan menghiburkan penonton di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coachella (@coachella)

ATEEZ akan membuat persembahan pada 12 April dan 19 April, diikuti nyanyian daripada LE SSERAFIM pada 13 April dan 20 April. Seterusnya, 14 April dan 21 April, The Rose akan beraksi. Bagi sesiapa yang bercadang untuk menonton mereka secara langsung, 19 Januari ini merupakan penjualan tiket presale.

Untuk pengetahuan, Coachella 2024 akan diadakan di California dan disertai oleh ramai penyanyi popular dari hampir seluruh negara.

Korang excited macam min tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.