TokTi Mohon Maaf Tiket Habis Dijual Dalam Masa 2 Jam, Ramai Peminat ‘Frust’ Tak Dapat Beli

Entertainment
22 Dec 2023 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ternyata pengumuman penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi untuk menganjurkan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena tahun depan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Ia terbukti apabila tiket itu laris seperti ‘pisang goreng panas’! Difahamkan ia habis dijual dalam masa 2 jam selepas penjualan tiket dibuka pada 21 Disember 2023.

 

“Saya minta maaf sedalam-dalamnya”

Di media sosial ramai netizen yang mengeluh kerana terlepas untuk dapatkan tiket tersebut, antara keluhan yang diberikan adalah berlaku masalah teknikal ketika ingin membuat pembelian dan tiket dimaklumkan ‘sold out’ serta ada juga yang terlewat sedikit dalam membeli tiket.

Mendengar keluhan tersebut, TokTi sendiri tampil memohon maaf kepada mereka yang tak bernasib baik untuk mendapatkan tiket itu.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam.

“Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.

“Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen Instagram miliknya, ramai netizen yang meminta TokTi untuk tukar lokasi konsert yang lebih besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil atau lakukan konsert itu selama 2 hari.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

Ok, min rasa min sokong peminat buat petisyen.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.