
![]() |
– Mavericks dan Rockets Akan Beraksi dalam Perlawanan Pramusim pada 9 dan 11 Oktober di The Venetian Arena, Macau –
– Barisan Artis Ternama dari Seluruh Asia Akan Mengadakan Persembahan di Acara Perlawanan dan Hari Peminat NBA –
MACAU, 10 Ogos 2026 /PRNewswire/ — National Basketball Association (NBA) dan Sands China Ltd. (HKEx: 1928.HK) hari ini mengumumkan bahawa tiket bagi NBA China Games 2026 dipersembahkan oleh Taobao 88VIP dan Hari Peminat NBA dipersembahkan oleh Alibaba Cloud akan mula dijual kepada orang ramai pada Rabu, 12 Ogos, jam 12 tengah hari Waktu Piawai China (CST) menerusi Cotai Ticketing, Taobao 88VIP, Trip.com dan MPay*. NBA China Games 2026 akan menampilkan Dallas Mavericks dan Houston Rockets untuk beraksi dalam perlawanan pramusim pada Jumaat, 9 Oktober, jam 7:30 malam CST dan Ahad, 11 Oktober, jam 5:30 petang CST di The Venetian Arena, Macau.
NBA dan Sands China turut mengumumkan pada hari ini barisan artis ternama dari seluruh Asia yang akan mengadakan persembahan di acara perlawanan tersebut serta Hari Peminat NBA pada Sabtu, 10 Oktober, jam 3:30 petang CST di The Venetian Arena:
- NBA China Games 2026 akan menampilkan persembahan separuh masa oleh kumpulan Gen Z, KiiiKiii.
- Penyanyi dan pelakon Hong Kong yang juga anggota MIRROR, Keung To, serta bintang K-Pop EVAN (juga dikenali sebagai HEESEUNG) akan mengadakan persembahan secara langsung pada Hari Peminat NBA. Acara itu akan dihoskan oleh penyanyi rap dan pelakon MC Jin serta turut meraikan sukan bola keranjang dan NBA menerusi pelbagai aktiviti penglibatan peminat yang menampilkan pemain Mavericks dan Rockets, hiburan dan maskot, termasuk cabaran kemahiran, pertandingan tiga mata, cabaran shooting stars serta pertunjukan menjaringkan bola teknik slam dunk yang menampilkan pemain profesional khusus bagi teknik slam dunk.
Mavericks kini dibarisi oleh Kyrie Irving, juara NBA 2016 dan terpilih sebagai NBA All-Star sebanyak sembilan kali; Cooper Flagg, NBA Rookie of the Year 2025-26; serta Morez Johnson Jr., pilihan keseluruhan No. 9 pada 2026. Rockets pula kini dibarisi oleh Kevin Durant, juara NBA sebanyak dua kali dan terpilih sebagai NBA All-Star sebanyak 16 kali; Alperen Sengun yang terpilih sebagai NBA All-Star sebanyak dua kali; serta Amen Thompson, anggota NBA All-Defensive First Team 2024-25.
Dengan kerjasama Sands China, perlawanan tahun ini akan menampilkan destinasi digital baharu – NBAChinaGames.com – yang membolehkan peminat mengakses maklumat rasmi yang terkini mengenai perlawanan, acara sampingan, pengalaman peminat, lokasi acara, maklumat tiket dan banyak lagi.
NBA China Games 2026 yang dipersembahkan oleh Taobao 88VIP akan menemui peminat di lebih 200 negara dan wilayah menerusi televisyen, media digital dan media sosial. Sands China, Rakan Pusat Peranginan Bersepadu Rasmi NBA China, akan berperanan sebagai Hos Bersama dan Penganjur Rasmi perlawanan tersebut. Perlawanan dan acara sampingan akan disokong oleh barisan rakan kongsi termasuk Rakan Penaja Utama Taobao 88VIP, Rakan Penaja Utama Hari Peminat NBA Alibaba Cloud, serta Rakan Rasmi NIKE, Alipay+, Amazon Web Services, Ctrip, Gatorade, JACK & JONES, Mengniu, NEW BALANCE, Tissot dan Wilson.
Harga tiket bermula daripada MOP/HKD 588 bagi perlawanan dan MOP/HKD 488 bagi Hari Peminat NBA.
*Saluran Penjualan Tiket:
Cotai Ticketing
- NBA China Games 2026 dipersembahkan oleh Taobao 88VIP (dalam talian):
- Bahasa Inggeris: https://www.cotaiticketing.com/shows/nbachina2026
- Bahasa Cina Ringkas: https://cn.cotaiticketing.com/shows/nbachina2026
- Bahasa Cina Tradisional: https://hk.cotaiticketing.com/shows/nbachina2026
- Hari Peminat NBA (dalam talian):
- Bahasa Inggeris: https://www.cotaiticketing.com/shows/fad2026
- Bahasa Cina Ringkas: https://cn.cotaiticketing.com/shows/fad2026
- Bahasa Cina Tradisional: https://hk.cotaiticketing.com/shows/fad2026
- Telefon:
- Macau: +853 2882 8818
- Hong Kong: +852 3065 9899
Trip.com
- Dalam Talian:
- Telefon:
- Macau: +86-21 3406-4888
- Hong Kong: +852-3008-3295 / 3002-3252
- Tanah Besar China: 95010 / 400-632-1088 / 400-830-6666
MPay
- Dalam Talian: https://share.macaupass.com/sandsnba2026
- Telefon (Macau): +853 2878-7873
Pusat Ahli Taobao 88VIP (ahli sahaja)
- Dalam Talian: https://www.taobao.com (cari 88VIP)

The NBA China Games 2026 presented by Taobao 88VIP and NBA Fan Day will go on sale to the public on August 12 at 12 p.m. CST (China Standard Time).

The NBA China Games 2026 presented by Taobao 88VIP and NBA Fan Day will go on sale to the public on August 12 at 12 p.m. CST (China Standard Time).
The post TIKET NBA CHINA GAMES 2026 DIPERSEMBAHKAN OLEH TAOBAO 88VIP MENAMPILKAN DALLAS MAVERICKS DAN HOUSTON ROCKETS MULA DIJUAL PADA 12 OGOS appeared first on The Malaysian Update.


![Sukan Komanwel 2026 [LIVE] RTM / Jadual Kontinjen Malaysia](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/07/sukan-komanwel-2026-819x1024.jpeg)