Tiket Penerbangan Mahal, UPNM Bantu Hantar Pelajar Pulang Ke Sabah Dengan Pesawat Tentera

4 Apr 2024 • 4:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Disebabkan tiket penerbangan mahal, UPNM sedia khidmat pesawat tentera untuk pelajar Sabah balik ke kampung halaman secara percuma

Tiket Penerbangan Mahal, UPNM Bantu Hantar Pelajar Pulang Ke Sabah Dengan Pesawat Tentera. Satu hantaran di aplikasi TikTok menjadi tular apabila seorang pelajar berkongsi inisiatif Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menghantar beliau dan rakan-rakannya pulang ke Sabah menggunakan pesawat tentera udara secara percuma. Ini kerana tambang penerbangan dikatakan terlalu mahal.

Menurut laporan, langkah UPNM membantu pelajar kurang berkemampuan pulang ke kampung halaman di Sabah mendapat perhatian di media sosial.

image is not available
Tiket Penerbangan Mahal, UPNM Bantu Hantar Pelajar Pulang Ke Sabah Dengan Pesawat Tentera. Sumber: TikTok

11 pelajar menaiki penerbangan tersebut

Menerusi video tersebut, pelajar bernama Dayang Najihah menunjukkan sekurang-kurangnya 11 pelajar menaiki penerbangan anjuran UPNM ke Sabah.

Pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya digunakan untuk operasi tentera, namun kali ini digunakan untuk menghantar semua pelajar tersebut pulang ke Sabah.

Penerbangan pergi dan balik secara percuma

Dayang menjelaskan penerbangan itu adalah untuk pergi dan balik, dan penumpang perlu mematuhi jadual yang ditetapkan.

@grlcloud

also thanks to PTU and all of us

♬ Originalton –

Beliau mengakui penerbangan itu kurang selesa berbanding penerbangan biasa, namun berterima kasih kerana dapat pulang ke kampung. Beliau juga berharap orang ramai tidak mengambil tindakan UPNM itu terlalu serius.

Baca juga artikel yang berkaitan: