Tiket Percuma Majlis Pembukaan Sukma Sarawak 2024 Bakal Diedarkan Untuk Orang Ramai

6 Aug 2024 • 1:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Panduan Lengkap Dapatkan Tiket Pembukaan Sukma 2024

Tiket Percuma Majlis Pembukaan Sukma Sarawak 2024 Bakal Diedarkan Untuk Orang Ramai. Tiket masuk untuk majlis pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 Sarawak 2024 akan diedarkan secara percuma pada 12-13 Ogos di Stadium Sarawak.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak akan mengedarkan 7,500 tiket setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga semua tiket habis diedarkan.

image is not available
Tiket Percuma Majlis Pembukaan Sukma Sarawak 2024 Bakal Diedarkan Untuk Orang Ramai

Peluang Keemasan Saksikan Pembukaan Sukma ke-21

Setiap orang dibenarkan mengambil hanya empat tiket dan setiap tiket mesti mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon penerima.

Orang ramai digalakkan untuk hadir awal bagi mendapatkan tiket pada tarikh-tarikh tersebut.

Sukma akan berlangsung dari 17-24 Ogos dan akan menyaksikan 37 acara sukan dipertandingkan di Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved