Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM

LocalFootball
25 Nov 2024 • 12:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyokong boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Isnin. Foto FAM

PENYOKONG skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan penetapan harga RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 (grandstand) dan RM60 (premium), manakala tiket kanak-kanak dijual pada harga RM5.

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my.

Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste pada 11 Disember, dan Singapura pada 20 Disember.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Disember di Phnom Penh, sebelum menghadapi cabaran juara bertahan Thailand pada 14 Disember di Bangkok.

Kumpulan B pula dibarisi naib juara Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.

Hanya dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir, dan aksi separuh akhir serta final dilangsungkan mengikut format timbal balik. Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved