Apple henti jual adapter Lightning ke audio 3.5mm

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 10:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Aksesori penyesuai Lightning ke jek audio 3.5mm dikesan tak lagi dijual di laman rasmi Apple. Kalau anda pergi ke kedai dalam talian, ia akan ditandakan sebagai sold out. 

Perkara ini tak mengejutkan dengan penghijrahan iPhone ke USB-C bermula iPhone 15 tempoh hari. Buat pengetahuan anda, penyesuai ini diperkenalkan sewaktu iPhone 7 (2016) apabila Apple membuang jek audio 3.5mm daripada iPhone.

Untuk tahun 2024, tiga model iPhone yang masih dijual yang ada penyambung Lightning ialah iPhone 14, iPhone 14 Plus, dan juga iPhone SE. Kesemuanya dijangka akan dihentikan penjualannya selepas sekuel kepada iPhone 17 diumumkan kelak. 

Tak perlu risau, Apple masih ada penyesuai USB-C ke 3.5mm yang dijual pada harga yang sama iaitu RM55 seunit untuk dipadankan dengan aksesori audio analog anda.

Ataupun sekiranya anda perlukan sambungan audio berkabel, Earpods versi Lightning dan USB-C juga ditawarkan pada harga RM99 seunit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved