Tiket RM8,000, tempat duduk terkoyak sana-sini

1 Oct 2026 • 11:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiket RM8,000, tempat duduk terkoyak sana-sini

PETALING JAYA – “Takyah guna prompt (aplikasi) AI untuk dapatkan flight (kapal terbang) 80-an,” demikian luahan seorang pengguna Threads mengenai keadaan kabin yang didakwa semakin uzur.

Menerusi perkongsian @zack_zakirin, dia mendakwa agak terkejut melihat keadaan tempat duduk ketika menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Australia baru-baru ini.

Menurutnya, keadaan kerusi yang lusuh dan terkoyak di beberapa bahagian memberikan pengalaman seolah-olah menaiki bas pada era 1990-an.

“Tempat duduk lusuh, terkoyak sana sini. Dah macam naik bas tahun 90-an pula rasa,” katanya.

Lebih mencuri perhatian, pengguna berkenaan mendakwa keluarganya membayar sehingga RM8,000 bagi tiket penerbangan pergi dan balik untuk perjalanan tersebut.

“Haha. Lawak pula rasa sebab bayar tiket return (pergi balik) sampai RM8,000 untuk kami sekeluarga, tapi kualiti kapal terbang memang out (teruk). katanya.

Pengguna tersebut turut memuat naik beberapa gambar sebagai bukti.

Perkongsian itu kemudian mengundang reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman berdepan keadaan kemudahan dalam kabin yang didakwa kurang memuaskan.

Seorang pengguna dikenali sebagai erine_joe mendakwa, pernah mengalami masalah apabila pemegang tempat duduk tercabut selain beberapa komponen lain turut tertanggal.

“Pernah rasa juga, pemegang tercabut. Dan macam-macam benda lain tercabutlah,” katanya.

Seorang lagi pengguna @mustakin_90, pula berkongsi pengalaman menaiki penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.

“Dapat notification (pemberitahuan) last minit (saat alhir) tukar aircraft (kapal terbang). Teruk, dengan panasnya,” katanya.

Menurutnya, keadaan lantai kabin juga didakwa kurang memuaskan kerana kotor dan hitam.

Dalam pada itu, perbincangan berkenaan turut membuka perspektif netizen yang berpendapat status kelas ekonomi tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengabaikan aspek penyelenggaraan, kebersihan dan keselesaan penumpang.

Kata pengguna @miskalaaa, meskipun memilih kelas ekonomi, penumpang tetap membayar untuk mendapatkan perkhidmatan penerbangan yang selamat dan selesa, termasuk kemudahan asas seperti tempat duduk yang berada dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE

The post Tiket RM8,000, tempat duduk terkoyak sana-sini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved