Mayat lima mangsa helikopter disahkan melalui cebisan pakaian

9 Sep 2026 • 6:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mayat lima mangsa helikopter disahkan melalui cebisan pakaian

PETALING JAYA : Kesemua lima mangsa nahas helikopter di Long Lelang, Marudi, Sarawak dikenal pasti berdasarkan barang peribadi, cebisan pakaian dan kedudukan tempat duduk mereka selepas mereka ditemukan dalam keadaan jasad tidak sempurna.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pengecaman secara rasmi akan dilakukan pihak hospital menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Tidak ada satu pun jasad ataupun mangsa yang kita jumpai sempurna,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, sampel DNA daripada kesemua keluarga mangsa juga sudah diambil bagi membantu proses pengecaman.

“Untuk cebisan-cebisan dan juga jasad-jasad ini akan kita bawa ke hospital untuk kita buat ujian juga,” katanya.

Kelima-lima mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30,Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33,  Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44, dan Alexson Adit Henry, 31.

Helikopter BO-105S itu terhempas di hujung landasan terbang Long Lelang kira-kira pujul 3.40 petang semalam.- UTUSAN

The post Mayat lima mangsa helikopter disahkan melalui cebisan pakaian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved