TikTok AI Alive Boleh Ubah Imej Pegun Menjadi Video Pendek

TechnologyDigital
14 May 2025 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok memperkenalkan ciri baharu AI Alive yang membolehkan pengguna mengubah gambar pegun menjadi video animasi yang lebih menarik dalam TikTok Stories. Ciri ini membolehkan gambar dipilih mempunyai kesan gerakan, pencahayaan dan bunyi untuk hasil yang lebih realistik.

image is not available

Untuk menggunakannya, pengguna perlu membuka Story Camera melalui butang biru (+) di halaman peti masuk atau profil. Kemudian pilih gambar daripada Story Album kemudian tekan ikon AI Alive pada alat suntingan sebelah kanan untuk menambah kesan animasi. Setelah selesai, siarkan Story AI Alive tersebut yang juga boleh dilihat dalam siaran For You, Following dan di Profil sendiri.

TikTok mengambil langkah keselamatan dengan menyemak kandungan sebelum diterbitkan serta menyokong sistem tera air C2PA yang akan memudahkan proses mengenal pasti imej yang dijana oleh AI. Semakan terkini melalui peranti peribadi kami masih belum menerima sebarang kemaskini ciri AI Alive setakat ini.