TikTok Akan Melancarkan Aplikasi Baharu Hanya Untuk Amerika Syarikat

TechnologyDigital
7 Jul 2025 • 9:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat masih belum menujukan ia akan berakhir dengan tarikh jualan sudah tiga kali dilanjutkan oleh Presiden Trump. Arahan eksekutif lanjutan baharu Trump akan luput pada 17 September. Terkini TikTok akan melancarkan aplikasi baharu khusus untuk pengguna Amerika Syarikat pada 5 September menurut laporan The Information.

image is not available

Lebih 170 juta pengguna TikTok di Amerika Syarikat akan diminta berpindah ke aplikasi baharu yang dibangunkan menggunakan kod nama M2. Aplikasi sedia ada masih boleh digunakan sehingga 26 Mac 2026. Sehingga kini siapakah bakal menjadi pemilik baharu TikTok Amerika Syarikat masih menjadi misteri dengan Trump sekadar mengatakan mereka adalah “orang kaya” dengan hanya menanti kebenaran China.

Penjualan TikTok pada awalnya dibantah oleh China kerana ia dianggap sebagai penjualan teknologi tempatan. Algoritma yang dibangunkan Bytedance untuk TikTok tidak boleh dijual tanpa kebenaran kerajaan. Pembangun aplikasi baharu ini mungkin indikator terawal aplikasi baharu kelak akan menggunakan algoritma berbeza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved