Pempengaruh dan YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat, MrBeast, secara berseloroh menyatakan hasrat untuk membeli TikTok bagi mengelakkan platform tersebut daripada dikenakan larangan penggunaannya di Amerika Syarikat.
Hasrat tersebut telah disuarakan menerusi aplikasi X dan katanya hantaran berkenaan telah menarik ramai jutawan yang telah menghubunginya.
Okay fine, I’ll buy Tik Tok so it doesn’t get banned
Namun, tidak dapat dipastikan samada kata-katanya sekadar gurauan atau sekadar untuk menimbulkan spekulasi.
“Baiklah, saya akan beli TikTok supaya ia tidak dilarang penggunaannya.
“Begitu ramai bilionair telah menghubungi saya sejak saya menulis ciapan ini. Mari kita lihat jika kita dapat merealisasikannya,” tulisnya.
Dalam beberapa hari lagi, aplikasi TikTok berkemungkinan akan dilarang penggunaannya di Amerika Syarikat (AS) susulan dakwaan mengatakan TikTok digunakan oleh kerajaan China untuk mengumpul data, mengintip pengguna dan menyebarkan propaganda.
Terdahulu, Presiden Joe Biden memberi ByteDance tempoh sembilan bulan untuk menjual TikTok atau berdepan dengan larangan operasi di Amerika Syarikat.
TikTok kini mempunyai 170 juta pengguna di AS, namun susulan berkemungkinan bakal dilarang penggunaannya, ramai yang mula beralih arah kepada aplikasi Xiaohongshu.
Sebelum ini juga terdapat ura-ura yang mengatakan Elon Musk bakal membeli TikTok namun ByteDance menafikan dakwaan itu.
The post MrBeast luah hasrat mahu beli TikTok, elak penggunaan disekat di AS appeared first on The Reporter.





