
Dengan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kini perkhidmatan media sosial TikTok menjadi yang terawal mengumumkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Melaluinya, pelbagai informasi akan disediakan, termasuk melindungi integriti platform berkenaan.
Ini termasuk dalam melindungi pengguna daripada maklumat palsu dan tidak tepat, selain menyediakan maklumat sahih dan boleh dipercayai berkaitan proses pengundian. TikTok juga mengaktifkan sokongan “Panduan Carian” apabila pengguna melakukan carian berkaitan pilihan raya di Sabah.

TikTok turut menyatakan mereka telah menurunkan lebih 450,000 video yang melanggar dasar integriti dan ketulenan TikTok antara suku pertama 2024 hingga suku kedua 2025.
Bersama perkembangan ini, TikTok turut menyatakan tidak akan membenarkan iklan politik dan melarang akaun milik ahli politik kerajaan atau parti politik daripada menjana aktiviti terkait keuntungan kewangan.

