TikTok Malaysia : Lebih 7.2 Juta Pengguna Bersiaran Langsung Pada 2025 Melalui TikTok Live

LocalTechnology
14 Apr 2026 • 12:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersiaran langsung melalui platform sosial telah menjadi salah satu norma baharu kebelakangan ini, apatah lagi dengan sambungan internet yang pantas, selain pada masa yang sama pelbagai ciri-ciri yang memudahkan proses berkenaan. Menyentuh mengenainya baru-baru ini, pihak TikTok menyatakan pada tahun 2025 sahaja, mereka menyaksikan lebih 7.2 juta bersiaran langsung melalui platform berkenaan di Malaysia.

image is not available

Ini sekaligus menyaksikan TikTok LIve menjadi penyatu antara hiburan dan keusahawanan. Selain itu, pada masa yang sama ia memperlihatkan perubahan pada kaedah penemuaan dan penerokaan kandungan baharu oleh pengguna Malaysia, selain membolehkan interaksi masa-nyata ketika bersiaran langsung.

TikTok turut berkongsi, antara Oktober 2024 sehingga 2025 yang lepas, lebih 4.5 juta pencipta kandungan telah menjana pendapatan melalui TikTok LIVE – termasuk melalui jualan langsung pada platform berkenaan yang turut memfokuskan edagang.