Luahan Ibu Saudara Buat Nur Fatimatul Hawa Undang Sebak

LocalFamily & Parenting
13 Apr 2026 • 10:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Luahan Ibu Saudara Buat Nur Fatimatul Hawa Undang Sebak

Setiap insan yang pergi selamanya sudah tentu meninggalkan kesan mendalam pada mereka yang melalui, lebih-lebih lagi jika situasi ini berlaku pada ahli keluarga terdekat.

Semalam, seluruh warga maya dikejutkan dengan pemergian menyayat hati, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu apabila dilanggar sebuah kereta di dalam kawasan sebuah sekolah (di depan surau).

Lebih menyentuh hati, remaja yang dikenali sebagai Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin merupakan anak yatim.

Ketika kejadian, adik Fatimatul dipercayai sedang memakai kasut selepas menunaikan solat Zuhur.

"Auntie mampu hantar sampai sini saja.."

image is not available

Baru baru ini, luahan ibu saudara Fatimatul, Noor Syawalriah meninggalkan linangan air mata buat semua.

Dalam coretannya, dia seakan-akan tergamam dan tidak percaya bahawa anak saudaranya telah dijemput Ilahi.

Apatah lagi dia baru sahaja melihat Fatimatul dalam keadaan sihat sehari sebelum kejadian.

"Allah gugur jantung rasa bila abang tunjuk video awak.. kena langgar dengan kereta cikgu dekat dalam sekolah

"Tahun lepas sekelas dengan abang. Semalam baru je selisih tengok awak sihat-sihat lagi atas motor.

"Hari ni auntie dapat tahu awak dah tak ada," luahnya.

image is not available
Kredit: Facebook Noor Syawalriah

Dalam hantaran di Facebook miliknya, ibu saudaranya turut berkongsi momen-momen bersama adik Fatimatul.

Luah ibu saudara Allahyarhamah lagi, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gayong di Taman Uda Murni.

Baca juga:

"InsyaAllah selepas Isyak, solat jenazah di Masjid Taman Uda malam ni dikebumikan di Gayong," katanya.

Difahamkan, adik Fatimatul tinggal bersama nenek dan juga ibu saudaranya selepas kematian ibu 5 tahun yang lalu.

Netizen Tak Dapat Tahan Sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak dan menyifatkan pemergian adik Fatimatul amat dicemburui.

"Permergian dalam masih berwuduk selepas solat dan dalam menuntut ilmu adalah kematian yang amat dicemburui..Syurga tempat-Mu sayang," komen seorang pengguna.

"Insan kecil yang tak dikenali.tapi Allah angkat darjat dihari kematian. Pergi bertemu pencipta dalam keadaan masih berwudhu,1 malaysia mendoakan arwah," tulis seorang lagi.