Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer & DuitNow QR Tergendala Sementara Waktu

LocalTechnology
25 Nov 2024 • 4:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer & DuitNow QR Tergendala Sementara Waktu

Perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR ke bank lain buat sementara waktu tidak dapat digunakan pada aplikasi MAE, laman web M2U dan M2U Biz (web dan aplikasi).

Untuk sementara waktu, pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan IBG (Interbank Giro) bagi sebarang pemindahan dana, menurut kenyataan Maybank.

Selain itu, perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR dari bank lain ke akaun Maybank juga tidak tersedia buat masa ini.

Walau bagaimanapun, pemindahan wang dan pembayaran QR dari akaun Maybank ke akaun Maybank yang lain masih boleh dilakukan seperti biasa.

Selain itu, perkhidmatan lain pada aplikasi MAE, laman web M2U dan M2U Biz juga berfungsi seperti biasa.

https://x.com/mymaybank/status/1860930697168367774?s=49&t=42xx9ZLObKdYk3IIkiCbWg&fbclid=IwY2xjawGxDCZleHRuA2FlbQIxMAABHX_wo2z_aW-O8Wso6j66tW63ZPvx9JJmont1hwPD_NGqM1BxkVLufAuyWg_aem_s6mBcJHInI0dSnlxbNFYSw