TikTok Meminta Mahkamah Agung Amerika Menghalang Arahan Pengharaman Operasi

TechnologyDigital
17 Dec 2024 • 8:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok telah meminta Mahkamah Agung Amerika Syarikat (SCOTUS) untuk menangguhkan sementara arahan pengharaman operasi syarikat yang akan berkuatkuasa pada 19 Januari 2025. depan Pengharaman dikenakan kerana ByteDance tidak menjual TikTok kepada syarikat bukan milik China seperti yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) pada Mac lalu.

TikTok melakukan rayuan kepada SCOTUS atas dasar pengharaman dilihat sebagai pelanggaran hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan Amerika Syarikat. Turut ditekankan ialah syarikat kecil di A.S akan kerugian pendapatan $1 bilion dan pempengaruh pula $300 juta sehari sekiranya arahan pengharaman diteruskan.

ByteDance menyatakan bahawa penjualan TikTok adalah mustahil kerana ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk jurutera baru memahami kod sumber TikTok. Sementara itu China juga menentang penjualan aplikasi kerana ia melanggar undang-undang penjualan algoritma sensitif buatan tempatan.

Sekiranya rayuan ini masih lagi ditolak, aplikasi TikTok perlu dibuang daripada Android Play Store dan Apple App Store bermula pertengahan Januari tahun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved