Honor Magic Vs3 Dilancarkan Dengan Rekaan Baharu Dan Snapdragon 8 Gen 2

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengenalan Magic Vs3 turut melengkapi penawaran peranti baharu Honor yang dilancarkan pada hari ini. Perubahan paling besar dapat dilihat pada rekaan tubuh dan skrin yang kini lebih nipis berbanding generasi sebelum ini. Sekilas pandang Magic Vs 3 baharu ini mempunyai rekaan yang mirip dengan Magic V2 malahan lebih ringan dengan berat hanya 229 gram dan ketebalan 9.8mm apabila dibuka.

image is not available

image is not available

Skrin utama pada kali ini sebesar 7.92″ yang bernisbah 9.78:9 sementara itu paparan sekunder pula bersaiz 6.43″ bernisbah 20:9. Kedua-dua belah skrin menyokong kadar segar semula 120Hz bersama kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 billion warna. Peranti kemudiannya dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Ia juga menjalankan perisian terkini MagicOS 8.0.1 yang dibina berasaskan Android 14.

image is not available

image is not available

Kamera utama pula sebesar 50MP lebar, 40MP ultra-lebar dan 8MP telefoto periskop dengan OIS. Diikuti juga sensor 16MP untuk kamera swafotonya sebagai pelengkap. Bateri 5000mAh digunakan boleh dicas melalui pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W. Lain-lain spesifikasi ialah pengimbas cap jari sisi, USB Type-C, pembesar suara stereo dengan DTS:X Ultra dan sokongan 5G terbina. Peranti ini dijual dengan harga permulaan RMB 6,999 (~RM 4,502), RMB 7,699 (~RM4,952) dan RMB 8,699 (~RM5,596) di China.

image is not available