TikTok Mulakan Ujian Untuk Aplikasi Perkongsian Gambar Dan Teks, TikTok Notes – Lebih Kurang Seperti Lemon8

TechnologyDigital
18 Apr 2024 • 8:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikToke hari ini memulakan ujian untuk sebuah aplikasi baharu dibawah mereka, dinamakan TikTok Notes. Aplikasi baharu ini memfokuskan kepada perkongsian dalam bentuk gambar dan teks, lebih kurang seperti aplikasi Lemon8 dibawah Bytedance.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi sesuatu gambar, atau melakukan perkongsian dalam bentuk tulisan. TikTok menyatakan TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.

image is not available

Buat masa ini, ujian TikTok Notes ini hanya terhad di Australia dan juga Canda sahaja. Bagi pengguna tempatan yang turut ingin mendapatkan pengalaman awal menggunakannya, boleh turut mencuba aplikasi Lemon8 yang sedia ditawarkan di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved