ChatGPT Kini Boleh Menyunting Gambar Yang Dijana DALL.E 3

TechnologyDigital
5 Apr 2024 • 9:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Imej boleh dijana dengan pantas menggunakan AI generatif DALL.E tetapi lazimnya menghasilkan bahagian gambar yang nampak aneh atau kurang tepat. Kini pelanggan berbayar ChatGPT boleh menyunting gambar yang dijana DALL.E 3 terus dari web, aplikasi Android dan aplikasi iOS.

Seperti biasa masukkan prom untuk menjana imej yang ingin dihasilkan. Selepas empat gambar dijana, pilih satu gambar yang ingin disunting. Kemudian gunakan alat “Select” untuk menandakan bahagian pada gambar yang ingin diubah. Dalam contoh di atas, pengguna meminta reben merah diletakkan pada telinga anjing yang dijana DALL.E 3 di dalam ChatGPT.

Kepada pelanggan ChatGPT anda boleh mengakses model terkini DALL.E 3 dan menyunting imej yang dijana sejak semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved