TikTok Shop Mall Diperkenalkan Di Malaysia – Beli Terus Dari Kedai Jenama Rasmi

TechnologyDigital
4 Dec 2023 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok kini dilihat terus mengukuhkan lagi penawaran pasaran kedai atas-talian mereka di Malaysia, dan hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan TikTok Shop Mall.

image is not available

Dibawah TikTok Shop Mall, ia menghimpunkan penawaran jualan barangan daripada kedai jenama rasmi – lebih kurang seperti Shopee lakukan pada Shopee Mall. TikTok mengehadkan pendaftaran untuknya melalui jemputan khusus sahaja – yang turut hadir bersama beberapa penawaran dan janji tambahan.

Menurut TikTok, produk dibawah TikTok Shop Mall adalah produk asli yang dijamin 100%, selain khidmat pelanggan yang sangat baik, selain boleh memulangkan dan mendapatkan wang kembali dalam tempoh 15 hari.

Bagi penjual yang menyertai TikTok Shop Mall pula, sebuah label khusus “Mall” dipaparkan bersebelahan dengan nama profil mereka.

Antara jenama yang telah menyertai TikTok Shop Mall adalah termasuk Mydin, Habib Jewels, JBL, Pandora, Skechers, dan juga 70mai.

Bagi pengguna yang berminat, boleh menyemak TikTok Shop dan melihat tab khusus TikTok Shop Mall padanya hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved