TikTok Turut Menguji “Sub Space” – Ciri Seakan Channel

TechnologyDigital
15 Feb 2024 • 3:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta telah membuktikan yang ciri Channel pada WhatsApp dan Instagram boleh berjaya. Ciri ini membolehkan pencipta kandungan atau pemilik akaun berinteraksi dengan pengikut seperti menyertai bancian, mendapatkan informasi lebih awal dan banyak lagi. Terbaru, TikTok turut ingin memperkenalkan ciri lebih kurang sama iaitu Sub Space.

image is not available

Menarik dengan Sub Space, TikTok mengintegrasikan ciri ini ke dalam penstriman siaran langsung mereka. Ia adalah khusus untuk pengguna berbayar, berinteraksi dengan pencipta kandungan di dalam ruangan khas. Mereka boleh bersembang dengan lebih mendalam atau pemilik akaun boleh mengadakan sesi AMA (Tanya Apa Sahaja).

image is not available

Sub Space adalah seakan gabungan WhatsApp Channels dengan Subscription pada X, di mana pengguna boleh bayar dan dapatkan kandungan tambahan tanpa keluar daripada aplikasi. Ciri ini dilihat ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna terpilih.