TikToker ‘Beep Beep’ Tampil Beri Penjelasan, Minta Netizen Hentikan Kecaman

30 Nov 2022 • 4:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Isu mengenai seorang TikToker bernama Liana menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini apabila dikatakan dirinya telah melanggar kontrak syarikat.

Semalam, Liana telah memuat naik satu video penjelasan mengenai kontroversi tersebut tetapi dikatakan ada cerita yang lain yang belum didedahkan kepada umum, eh yeke?

Penjelasan kontroversi

@liafa62

I pass everything to the law. Berani cakap berani tanggung okay @Uniq scene media • • • #foryou #foryoupage #fyp #fypシ #viral #trending #tiktokmalaysia

♬ original sound – Liana image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available – Liana image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Menurut video di atas, Liana memaklumkan sebelum ini dirinya telah menghantar notis berhenti selama dua bulan atas alasan peribadi meskipun telah ditawarkan gaji sebanyak RM 20,000 sebulan.

Namun, TikToker itu berkata bahawa kehilangan akaun lama syarikat membuatkan dirinya berasa cemas kerana perlu berpura-pura bahawa akaun tersebut merupakan miliknya mengikut kontrak.

Saya rasa apa yang membuatkan situasi ini berlaku adalah disebabkan pihak mereka tidak memberitahu saya bahawa mereka akan memadam akaun tersebut dan menukarkan segalanya. – Liana

Selain itu, Liana juga mendakwa bahawa tindakan pihak syarikat tersebut telah menyebabkan dirinya dan keluarga menerima kecaman ramai.

Liana juga memaklumkan bahawa dirinya telah mengambil tindakan undang-undang dan akan memastikan keadilan bagi isu tersebut dapat ditegakkan.

Respon netizen

image is not available

image is not available

image is not available

Menjengah ke ruang komen, segelintir daripada warganet yang masih lagi sangsi mengenai kebenaran sebenar mengenai kontroversi ini. Hmm, kalau pendapat pembaca Oh! Media pula bagaimana?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media