TikToker Buat ‘Content’ Amal Dipenjara 5 Tahun 1 Sebatan Sebab Liw*t Remaja Lelaki 14 Tahun

LocalPolitics
16 Oct 2024 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

3 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sandakan kerana melakukan perbuatan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Dua daripada suspek mengaku bersalah tetapi suspek ketiga pula meminta untuk dibicarakan semula selepas pertuduhan dikemukakan kepada mereka pada minggu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Ramasamy Kuppan berkata, salah seorang suspek Saharuddin Amirullah, 32, mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Hakim Zaini Fishir @ Fisal dan satu sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan seks luar tabii.

Hakim Zaini turut memerintahkan seorang lagi suspek, Caballero dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Seorang lagi warga tempatan, Mohd Zairi Awang, 29, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kesnya dijadualkan sebutan semula pada 11 November nanti.

Dalam pada itu, di media sosial ramai terkejut setelah identiti pelaku sudah mulai dikenal pasti, salah seorangnya didakwa seorang TikToker yang sering melakukan kerja-kerja amal dengan memberikan bantuan dan sumbangan kepada warga tempatan di Sabah yang dalam kesusahan.

Bahkan dia juga pernah tular kerana tindakan mulianya dalam membantu kanak-kanak yang sedang hadapi kesusahan dan bantu menceriakan mereka. Disebabkan itu, mereka juga kecewa kerana ada sebahagian daripada warganet pernah menderma untuk bantu individu ini melakukan kerja-kerja amalnya.

image is not available

image is not available image is not available

Ada di kalangan netizen juga dakwa yang mangsa mengalami kecederaan teruk sampaikan bernanah di bahagian sulit mangsa.

Sumber : The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.