YouTuber tunjuk kereta remuk lepas kemalangan, netizen lebih kasihan lori yang dilanggar

LocalEntertainment
4 Oct 2024 • 3:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang YouTuber tunjuk kereta elektrik miliknya yang remuk selepas mengalami kemalangan jalan raya apabila memuat naik perkara itu di media sosial.

Menerusi Instagram Iman Kamil, dia telah berkongsi dan video keadaan kereta jenis MG4 XPower yang remuk di bahagian hadapan selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai melanggar bahagian belakang lori.

“Sapu minyak gamat okey la ni”

Dia dengan tenang turut berseloroh mengatakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan mungkin kerosakkan boleh dibaiki dengan hanya meletakkan minyak gamat di bahagian permukaan kereta.

“Tak ada apa yang serius pun. Calar sikit pun. Sapu minyak gamat okey la ni,” tulisnya.

Instagram will load in the frontend.

YouTuber tunjuk kereta remuk, netizen dakwa dipandu laju

Walau bagaimanapun, perkara tersebut nyata berbeza apabila tular di platfrom X tangkapan layar dari Facebook mendakwa bahawa kereta EV berkenaan dipandu dalam keadaan laju lebih-lebih lagi sewaktu jalan licin disebabkan hujan lebat.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai geram dan berasa kasihan dengan lori yang dipercayai dilanggar dari bahagian belakang apabila terbabas serta merempuh penghadang jalan.

image is not available

YouTuber tunjuk kereta remuk, ada rakaman dashcam tunjuk

Ada dakwaan mengatakan kereta EV tersebut dipandu laju dan netizen di platform X turut menyertakan rakaman dashcam sewaktu kejadian berkenaan terjadi.

Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa

Kebanyakan komen di ruangan X pengguna dikenali sebagai thefaizzainal lebih memihak kepada pemandu lori terbabit memandangkan kasihan kerana menjadi mangsa sehingga mengalami kerosakan disebabkan terbabas dan melanggar pembahagi jalan susulan rempuhan yang diterima.

image is not available

Dah tahu hujan, bawa laju2

image is not available

Katanya potong belah kiri waktu hujan?

image is not available

Driver dah buka cerita sebenar

image is not available

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kesahihan sama ada betul ataupun tidak pemandu kereta EV itu memandu dalam keadaan laju sewaktu hujan.

Dia juga berada dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta miliknya dilihat hampir ‘total lost’.

Sumber: Instagram Iman Kamil, X thefaizzainal