TikToker hilang ditemui mati, mayat dikerat & dibungkus dalam beg plastik

WorldEntertainment
30 Jun 2025 • 4:48 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pempengaruh TikTok terkenal, Fabiola Alejandra Caicedo Piña, yang sebelum ini dilaporkan hilang, ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Mayatnya dijumpai dalam beberapa beg plastik berhampiran loji rawatan air di Lima, Peru, selepas dihanyutkan dari Sungai Rímac.

Polis hanya dapat mengecam identiti mangsa menerusi tatu pada badannya, termasuk frasa “Love me for who I am” yang tertera pada lengannya. Menurut pihak berkuasa, Fabiola dipercayai telah dicekik sebelum tubuhnya dikerat kepada beberapa bahagian.

Fabiola dilahirkan di Barquisimeto, Venezuela dan berpindah ke Peru pada tahun 2022 ketika usianya baru 16 tahun. Dia berpindah bersama teman lelakinya, Mayner Yoffrey Giménez Castrillo, yang 21 tahun lebih tua. Mereka tinggal bersama di sebuah apartmen yang disewa di kawasan Huaycán.

Tidak lama kemudian, Mayner ditemui mati dalam kejadian yang disifatkan pihak berkuasa sebagai bunuh diri. Namun keluarga Mayner menolak dakwaan itu dan mengesyaki Fabiola terlibat dalam kematian Mayner.

Siapa yang disyaki merancang pembunuhan Fabiola?

Selepas insiden tersebut, Fabiola tidak pernah disiasat secara rasmi dan meneruskan kehidupannya di Lima dengan bekerja di kelab malam serta bar. Namun menurut laporan media tempatan, kumpulan mafia Venezuela pernah mengugut Fabiola dan berkata dia akan “menerima balasan” atas kematian Mayner.

Pada malam sebelum kejadian, Fabiola dipercayai telah dipujuk keluar dari sebuah majlis dengan alasan yang remeh. Beberapa laporan mengatakan dia turut diseksa, apabila pihak berkuasa menemui kesan bakar puntung rokok pada kaki dan betisnya, sebelum dibunuh dengan kejam. Mayatnya kemudian dibuang ke sungai sebelum dihanyutkan ke kawasan loji rawatan air.

Polis kini sedang meneliti rakaman CCTV dan mengambil keterangan daripada individu yang mengenali mangsa. Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihak penyiasat menjangkakan perkembangan baharu dalam masa terdekat. – Agensi