Bayi lelaki ditemui dalam beg plastik di tepi jalan dekat masjid

LocalFamily & Parenting
28 Jun 2025 • 8:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 JUN: Polis sedang menyiasat penemuan seorang bayi lelaki yang dibungkus dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran sebuah masjid di Kampung Api-Api, Kuala Selangor dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi yang dalam keadaan cukup sifat itu oleh pihak Hospital Sungai Buloh pada 9.11 malam.

“Hasil siasatan awal, bayi yang dijumpai orang awam itu dalam keadaan matang dan cukup sifat dengan berat 2.135 kilogram, berusia kira-kira kurang seminggu dan tali pusat masih sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Tanjong Karang bagi tujuan pemeriksaan kesihatan selain menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Siti Mazliah Azizi di talian 017-664 9100.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved