TikToker Jepun Pertama Kali Makan Laksa Sarawak, Netizen Terkejut Laksa Harga Kayangan

29 Sep 2022 • 3:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laksa Sarawak nang nyaman

TikToker Jepun Pertama Kali Makan Laksa Sarawak, Netizen Terkejut Laksa Harga Kayangan. Sebut sahaja Laksa Sarawak, sudah pasti rata-rata rakyat Malaysia mengenali juadah yang berasal dari Bumi Kenyalang ini.

Bahkan ada juga yang membanding-bandingkan perbezaan Laksa Sarawak dan juga Mi Kari disebabkan rasanya yang seakan-akan sama namun amatlah berbeza. Bukan itu sahaja, Laksa Sarawak juga dinobatkan sebagai Makanan Terbaik Asia menerusi laman TasteAtlas.

Baru-baru ini, seorang sohor TikTok yang dikenali dengan gelaran kouji_jepun_ mencuba untuk makan Laksa Sarawak buat pertama kalinya menerusi permintaan netizen di ruangan balas.

image is not available
TikToker Jepun Pertama Kali Makan Laksa Sarawak, Netizen Terkejut Laksa Harga Kayangan

Pertama kali mencuba Laksa Sarawak

Menerusi perkongsian Kouji di video tersebut, dia amat menyukai Laksa Sarawak walaupun baru pertama kali merasai makanan autentik dari Sarawak itu.

Kouji juga turut memuji rasa Laksa Sarawak yang seakan-akan Mi Kari dan sememangnya amat berbeza daripada rasa Laksa Penang yang dia pernah cuba sebelum ini.

Harga tak masuk akal

Namun, apa yang menarik perhatian adalah harga Laksa Sarawak tersebut yang mencecah RM21 semangkuk. Berbanding di Sarawak, rata-rata Laksa Sarawak dijual pada harga RM5 atau RM6 untuk satu hidangan.

image is not available
Kredit: TikTok kouji_jepun_

Kouji juga memberitahu, jika Laksa Sarawak ini dijual di Jepun pasti akan terkenal kerana rata-rata orang Jepun amat meminati hidangan seperti ramen yang mempunyai kuah krim berlemak dan juga rasanya yang pedas.

Kouji merupakan penuntut di Universiti Malaya dan telah datang ke Malaysia untuk mempelajari tentang bahasa Melayu dan budaya di Malaysia. Dia juga aktif memperkenalkan budaya Malaysia di saluran Youtube, Kouji Jepun.

Lagi cerita menarik di sini: