TikToker ‘Muka Gengster’ kini bergelar suami, serah mas kahwin RM5,000

14 May 2024 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
TikToker 'Muka Gengster'

TikToker ‘Muka Gengster’ atau nama sebenarnya Muhammad Mikhael Sathayah yang popular dengan riak muka garang,berimej jambang dan bersinglet menjadi bualan hangat ramai apabila dia telah bernikah dengan wanita pilihan hati, Murni Azwa Dahalan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Muhammad Mikhael di laman TikToknya, pernikahan mereka berwalikan ayahanda pengantin perempuan dan telah diadakan dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

TikToker ‘Muka Gengster’

Dalam perkongsian tersebut, Muhammad Mikhael sah menjadi suami kepada isterinya dengan sekali lafaz dan Murni Azwa Dahalan telah menerima mas kahwin bernilai RM5,000.

TikToker ‘Muka Gengster’

image is not available

image is not available

image is not available

Tahniah abang gengster!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Muhammad Mikhael dan isteri atas mahligai yang telah terbina.

image is not available image is not available

Semoga bahagia ke anak cucu

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar pasangan tersebut bahagia hingga ke anak cucu dan menitipkan nasihat agar sentiasa sabar dalam mengharungi dugaan dalam perkahwinan kelak.

image is not available image is not available

Sekadar info, Muhammad Mikhael yang juga merupakan lelaki berbangsa India dan beragama Islam sering menjadi perhatian kerana perkongsian videonya di laman sosial.

Lebih menarik tumpuan ialah beliau sering membawa ibunya bersama ke mana sahaja, hinggakan diberikan jolokan ‘anak emak’ meskipun memiliki riak wajah ‘gengster’.

Sumber: TikTok @muka gengster