“Selamat pengantin baru!” – Bro ‘Muka Gangster’ Sah Bergelar Suami, Beri Mas Kahwin RM5,000

Entertainment
14 May 2024 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi yang kerap menggunakan aplikasi TikTok, pasti mengenali TikToker mualaf yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’.

Baru-baru ini, bro ‘Muka Gangster’ atau nama sebenarnya Muhammad Mikhael Sathayah yang sinonim dengan perwatakan muka garang, berimej jambang tetapi anak mak telah bernikah dengan wanita pilihan hati.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mikhael di laman TikToknya, pernikahan mereka berwalikan bapa pengantin perempuan dan telah diadakan dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam perkongsian tersebut, Mikhael sah menjadi suami kepada isterinya Murni Azwa Dahalan dengan sekali lafaz, menyerahkan mas kahwin bernilai RM5,000.

Mikhael dilihat segak mengenakan sepersalinan baju Melayu putih lengkap bersongkok dan bersamping dipadankan dengan Murni Azwa yang manis berbusana baju kurung moden.

Netizen ucap tahniah

Perkongsian video itu dihujani ucapan tahniah daripada warganet kepada Mikhael dan isteri atas perkahwinan pasangan ini. Dalam pada itu, netizen turut memuji cara Mikhael bersalaman dengan ibu bapa mentuanya.

image is not available image is not available

Sekadar info, Mikhael yang berbangsa India kerap berkongsi video bersama ibu tersayang dengan content menarik dan lucu malah dia turut memakai baju serta sarung kaki berwarna merah jambu biarpun berimej ‘gangster’.

Selamat pengantin baru, bro Muka Gangster!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.