TikToker ‘Mukbang’ Meninggal Dunia Di Usia 24 Tahun, Ada Komplikasi Berkaitan Obesiti

EntertainmentHealth & Fitness
13 Mar 2025 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Efecan Kultur, pencipta kandungan TikTok yang terkenal dengan konten ‘mukbang’ dilaporkan meninggal dunia pada usia 24 tahun.

Menurut laporan, Kultur yang mempunyai lebih 155,000 pengikut di TikTok menderita masalah berat badan berlebihan sehingga dia sukar untuk berdiri dan bernafas.

image is not available

Berasal dari Turkiye, Kultur pertama kali dimasukkan ke hospital pada Disember tahun lalu akibat masalah kesihatan yang berpunca daripada berat badannya sehingga membuatkan kesihatannya merosot.

Difahamkan, pemuda itu sering mengalami lebam dan menyebabkan Kultur mempunyai masalah pergerakan selain terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan.

Selepas tiga bulan, Kultur dibenarkan keluar hospital dan meneruskan rawatan di rumah. Malangnya, dia menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac lalu.

image is not available

image is not available

image is not available

Kultur terkenal di media sosial kerana video ‘Mukbang’ di mana dia sering berkongsi konten memaparkan dirinya sedang menikmati pelbagai jenis makanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

Dikenali Dengan Konten Suasana & Percutian Di Kampung, Pempengaruh 'iamnazirul' Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman