Peniaga TikTok yang dikenali sebagai Farah Dina terus mencuri perhatian netizen menerusi perwatakannya yang dilihat polos, spontan dan bersahaja ketika melakukan siaran langsung.
Personalitinya itu membuatkan ramai senang mengikuti perkembangan Farah, malah ada yang sanggup menunggu setiap kali dia mengadakan siaran langsung. Farah turut pernah menerima pujian daripada pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Terbaharu, Farah sekali lagi menjadi tumpuan selepas pencipta kandungan dan usahawan, Anas Zahrin menawarkan untuk menaja dirinya menunaikan ibadah umrah bersama ibunya.
Menerusi rakaman siaran langsung yang kini tular, Farah dilihat sedang berinteraksi dengan pengikutnya sebelum tiba-tiba terkedu apabila menerima berita berkenaan daripada Anas sendiri.
Tidak dapat menahan sebak, Farah kemudiannya menangis selepas mengetahui bahawa dirinya dan ibu bakal menerima tajaan tersebut.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen turut terharu dan tumpang gembira melihat Farah menerima khabar baik itu.

Menurut mereka yang mengikuti perkembangannya, menunaikan umrah merupakan antara impian Farah yang sering didoakan sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kepada Hajjah Dan Team, Aku Tak Akan Pernah Maafkan.." - Individu Dakwa Pernah Dianiaya Ketika Sertai Ejen Selebriti Terkenal
The post TikTokers Farah Dina Menangis Selepas Usahawan ‘Belanja’ Pakej Umrah Di Live – “Macam Tu Je Allah Jemput Dia..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




