Timbalan Ketua Cabang PKR Kemaman umum letak jawatan, keluar parti serta-merta

LocalPolitics
21 May 2026 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Timbalan Ketua Cabang PKR Kemaman umum letak jawatan, keluar parti serta-merta
Mohd Afandi

KEMAMAN - Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman, Mohd Afandi Muhammad mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta selain mengambil keputusan keluar daripada parti berkenaan pada Khamis.

​Mohd Afandi menerusi satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau melakukan pertimbangan yang panjang dan mendalam.

​Menurutnya, beliau merasakan hala tuju dan landasan perjuangan parti itu ketika ini dilihat sudah tidak lagi selari dengan prinsip asal yang diperjuangkannya sebelum ini.

​"Saya merasakan perjuangan parti hari ini semakin jauh tersasar daripada semangat asal reformasi, prinsip keadilan dan idealisme yang pernah saya yakini," katanya dalam kenyataan tersebut pada Khamis.

​Dalam pada itu, Mohd Afandi turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh saf kepimpinan serta rakan seperjuangan dalam PKR atas peluang yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi, Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen

​Beliau menyifatkan segala pengalaman, ikatan persahabatan dan kenangan yang terbina sepanjang tempoh bersama parti itu sebagai sesuatu yang amat berharga.

​"Patah tumbuh, hilang berganti. Namun prinsip dan maruah perjuangan tidak harus dijual beli,"ujarnya.

Sebelum ini, satu surat rasmi peletakan jawatan bertarikh 21 Mei 2026 telah dialamatkan kepada Setiausaha Agung di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya, Selangor bagi memohon pengemaskinian rekod keahlian beliau dalam sistem pangkalan data parti.

​Melalui surat rasmi berkenaan, Mohd Afandi menyatakan bahawa keputusan keluar daripada parti itu dibuat secara sukarela atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.

​Langkah tersebut juga disifatkan oleh beliau sebagai keputusan terbaik bagi membolehkannya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada komitmen lain buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi, Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen

Nik Nazmi, Rafizi khianati mandat rakyat - AMK

'Saya dan Nik Nazmi tidak terikat bon RM10 juta PKR' - Rafizi