Timbalan Ketua Polis, Isteri Disaman Tidak Pakai Topi Keledar

9 Feb 2025 • 2:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Timbalan ketua polis sebuah kawasan perbandaran di Hanoi dan isterinya disaman  selepas seorang penduduk melaporkan mereka tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, lapor portal berita VNExpress pada Sabtu.

Menurut polis Trung Liet, timbalan ketua polis kawasan perbandaran O Cho Dua itu disaman  satu juta dong (RM175) dan lesen motosikalnya dibatalkan.


Isterinya pula didenda 500,000 dong (RM88) kerana kesalahan sama.


Seorang penduduk menyerahkan bukti bergambar melalui aplikasi iHanoi menunjukkan pasangan itu menunggang motosikal di Jalan Hoang Cau pada tanpa memakai topi keledar. 


Bukti itu telah disahkan oleh polis daerah Dong Da.


Timbalan ketua polis itu mengaku kesalahannya tidak memakai topi keledar.


Menurutnya, dia dan isteri  kehilangan topi keledar semasa mereka keluar membeli-belah.

Sumber: Kosmo Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved