Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat: Saifuddin

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 4:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat: Saifuddin

KUALA LUMPUR - Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu bagi mengantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah dimuktamadkan dan akan diumumkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, proses pelantikan telah selesai mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan pandangan Yang di-Pertuan Agong.

“Prosesnya bermula dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), yang saya pengerusikan bersama jawatankuasa yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pembangunan di bawah RP1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Kulim, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata beberapa nama telah dipertimbangkan dan perbincangan diadakan sebelum proses itu dimuktamadkan.

“Segalanya telah selesai. Kita telah menamakan calon dan pengumuman akan dibuat secepat mungkin, sama ada dalam tempoh beberapa jam akan datang atau dalam tempoh satu atau dua hari lagi,” katanya.

Mengenai kriteria kelayakan bagi jawatan Timbalan KPN, Saifuddin Nasution berkata semua pegawai berpangkat Pesuruhjaya Polis (CP) layak dipertimbangkan.

Beliau berkata PDRM kini mempunyai 25 pegawai berpangkat CP, manakala tiga lagi memegang pangkat berkenaan dalam kapasiti khas yang dilantik oleh Ketua Polis Negara.

Pada Julai, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mencapai umur persaraan wajib menyerahkan tugas Timbalan KPN kepada Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Ibrahim Darus, yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan KPN. - 13 September, 2026

The post Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat: Saifuddin appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved