Timbul Dakwaan Harga Kereta Bakal Naik Mendadak, Ini Jawapan Kementerian Kewangan

LocalCars
12 Feb 2025 • 10:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Kementerian Kewangan harga kereta

Baru-baru ini, tular spekulasi bahawa harga kenderaan di Malaysia bakal meningkat secara mendadak ekoran penguatkuasaan penuh Peraturan Cukai Eksais Baharu pada tahun 2026.

Kementerian Kewangan tampil bersuara

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa kerajaan masih dalam peringkat penelitian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kajian bersama industri automotif

image is not available

MoF bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta pemain industri automotif sedang mengkaji kaedah penilaian kenderaan yang lebih adil dan seragam.

MOF belum membuat sebarang keputusan muktamad dan bersama MITI serta pihak industri automotif, kami sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam, dan neutral serta konsisten.

Kajian ini bertujuan untuk mengelakkan bebanan kepada rakyat serta mengekalkan daya saing industri automotif di Malaysia.

#ApaKataOhmedia

Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan spekulasi kenaikan harga kereta. Tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan pembelian kenderaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.