Harga Kenderaan Akan Naik Mendadak Tahun 2026? Kementerian Kewangan Beri Penjelasan

LocalBusiness & Finance
12 Feb 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular dakwaan bahawa peningkatan harga kenderaan secara mendadak akan berlaku ekoran penguatkuasaan penuh Peraturan Cukai Eksais Baharu pada tahun 2026.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bagaimanapun tampil menegaskan dakwaan tersebut tidak tepat dan kerajaan kini masih dalam proses penelitian.

image is not available

Menurut Harian Metro, MoF bersama-sama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) serta pemain industri automotif akan mengkaji kaedah penilaian kenderaan lebih adil, seragam dan neutral.

MOF belum membuat sebarang keputusan muktamad dan bersama Miti dan pihak industri automotif, kami sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Tambahnya, penelitian itu adalah bagi memastikan pelaksanaan cukai eksais tidak membebankan rakyat dan mengekalkan daya saing industri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Rakyat Sempena Musim Perayaan - Menteri Kerja Raya