Timbul Dakwaan Puteri Sarah Enggan Bercerai Dengan Suami Sebab ‘Kaya’, Ini Penjelasan Pengurusnya

21 Jul 2022 • 1:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sedia maklum, kisah rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah di ganggu oleh ‘orang ketiga’ sehingga kini menjadi topik bualan orang ramai.

Disebabkan itu, pengurus kepada Puteri Sarah menyuarakan pandangan mengenai segelintir netizen yang sengaja mengeluarkan spekulasi tidak benar berhubung isu rumah tangga pelakon terbabit.

Melalui entri di dalam Insta Story pengurus yang turut dikenali sebagai Emi, dia meminta agar netizen untuk sentiasa berhati-hati apabila berbicara supaya tidak menjadi fitnah.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Emi sempat menyelar seorang wanita yang sebelum ini menuduh Sarah enggan bercerai dengan suami kerana kekayaannya.

Saya yang duk kira duit dia, saya tahu lah dia tak heran pun title ‘kaya’ tu.

Tambahannya lagi, kerajinan Sarah membuatkan dirinya sekarang ini berada di tempat yang sepatutnya dan bukan berharap pada ‘kekayaan’ Syamsul.

Sekadar info, sebelum ini Puteri Sarah ada memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan gangguan ‘orang ketiga’ yang dikenali ramai iaitu Ira Kazar dalam rumah tangganya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.