
TIME kini hadir dengan penawaran baharu masa terhad, iaitu kebolehan langganan pelan internet tanpa kontrak. ini sekaligus memudahkan mereka yang menyewa rumah, atau yang sering berpindah untuk melanggan dan menikmati internet laju dari TIME, tanpa tertakluk kepada kontrak.

Dibawah penawaran ini, TIME menawarkan dua pelan, iaitu pelan 600Mbps pada harga RM139 sebulan, atau 1Gbps pada harga RM199 sebulan. Kedua-dua pelan turut hadir dengan sokongan pemasangan percuma, penghala WiFi 6, dan boleh dijadualkan pemasangan pada penghujung minggu atau selepas waktu kerja.
Pelan tanpa kontrak ini ditawarkan bermula 8 Januari 2026, untuk waktu terhad.




