Time sasar pertumbuhan dua digit untuk segmen runcit jalur lebar - Maybank IB
azan
19/05/2023 - 11:01
KUALA LUMPUR 19 Mei - Time dotCom Berhad terus menyasarkan pertumbuhan dua digit untuk segmen runcit jalur lebar selepas ia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 23% pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23).
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, pendapatan kumpulan itu adalah sejajar dengan unjuran dan konsensus firma itu.
Firma itu berkata, menerusi pelupusan pusat data dan pengagihan tunai yang terhasil, perhatian pelabur mungkin tertumpu semula pada rancangan pertumbuhan pengurusan (retorik semasa berkisar terutamanya pada penggunaan gentian tambahan).
"Pertumbuhan hasil bagi 1QFY23 secara amnya sihat, naik 13% dari tahun ke tahun dan turun 2% dari suku tahun ke suku tahun (disebabkan penurunan hasil tidak berulang).
"Sementara itu, kos suku ke tahun ke suku tahun lebih tinggi, menyebabkan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dinormalkan sebanyak kepada 45.4%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, untung bersih kumpulan itu melonjak sebanyak 25.2% kepada RM114.2 juta pada 1QFY23 berbanding RM91.3 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya.
Hasil kumpulan disatukan bagi berkenaan adalah sebanyak RM417.2 juta, meningkat 12.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Firma itu berkata, menerusi penyelesaian perjanjian, perniagaan pusat data akan dipisahkan, dengan baki 30% pegangan ekuiti.
"Kami menurunkan keuntungan bersih FY23/24/25 kami masing-masing sebanyak 5%/2%/3% untuk mencerminkan urus niaga dengan kerugian pendapatan sebahagian besarnya diimbangi oleh pendapatan faedah tambahan daripada hasil bersih," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM5.40 sesaham. - DagangNews.com

