"Time To Shine" - Tok Ram Jurikan ‘Bulan Bintang Next Top Model’, Jom Cuba Nasib Jadi Model & Menang RM10,000

8 Jan 2025 • 2:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bersempena 10 tahun Bulan Bintang di pasaran, jenama fesyen baju Melayu terkenal ini mengadakan kempen ‘Bulan Bintang Next Top Model’!

Menariknya, ia memberi peluang untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas bagi menonjolkan bakat terpendam dalam bidang peragaan!

Menurut pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi atau Meri, mereka membuka penyertaan kepada orang ramai yang berusia 40 tahun atas sebab tersendiri.

“Saban tahun, kami mendapat banyak permintaan peminat yang mahu menjadi model. Jadi, untuk tahun ini, kami membuka peluang bersempena sedekad kami berada di pasaran. Kami sudah ada ramai model dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, terutamanya mereka yang berusia muda.

“Untuk kelainan, kami mahu mencari model berusia 40 tahun ke atas untuk berjalan ‘catwalk’ atas pentas pertunjukan fesyen Bulan Bintang. Mereka yang berminat boleh hantarkan penyertaan menerusi akaun TikTok.

“Daftar secara atas talian dengan mengisi borang di https://bulanbintanghq.com/bulan-bintang-next-top-model/. Seterusnya, sediakan video berdurasi pendek mengenai latar belakang diri anda serta tunjukkan bakat anda ‘catwalk’ dan ‘pose’. Muat naik di akaun TikTok dan tag akaun @bulanbintangcloting dan #BulanBintangNextTopModel. 

"Penyertaan untuk kempen Bulan Bintang Next Top Model ini telah dibuka sehingga 11 Januari ini,” kata Meri.
 

Ramli MS, Joey Daud, Nadhir Nasar juri











image is not available