
KIULU: Timor Leste sebuah negara muda yang masih membangun tetapi ia mahu bekerjasama dengan Sabah dalam inisiatif pemuliharaan dan pelancongan berasaskan komuniti (CoBT).
Setiausaha Perhutanan negara itu Fernandinho Vieira da Costa menyampaikan minat itu kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai ketika melawat Lingga Eco Tourism di sini, baru-baru ini.
Fernandinho melihat Sabah sebagai model dalam pembabitan komuniti yang berjaya dalam pelancongan di mana Timor Leste boleh meniru dan menyesuaikan amalan ini dalam konteks budaya dan alam sekitar yang unik.
“Kami amat berminat untuk belajar daripada usaha dan kejayaan pelancongan Sabah. Kami berasa penting mengadakan amalan pelancongan yang bertanggungjawab.
