![Image from: Tindakan Berani Pekerja Stesen Minyak Halang Kereta Singapura Isi Petrol RON95 Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Pekerja-Stesen-Minyak-Tegur-Warga-Singapura-Isi-RON95.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Meskipun telah berulang kali diberi peringatan, masih ada segelintir individu dengan kenderaan nombor pendaftaran asing khususnya dari negara jiran seperti Singapura dilihat masih tidak mengetahui atau enggan mematuhi undang-undang berkaitan pengisian petrol RON95.
Namun, ada segelintir pihak yang dilihat berani menghalang malah menegur golongan ini dari mengambil kesempatan.
Pekerja Stesen Minyak Tegur Lelaki Isi Kereta Nombor Pendaftaran Singapura Dengan Petrol RON95
Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan berani seorang pekerja stesen minyak yang menegur seorang individu dipercayai warga Singapura.
Menerusi video yang yang dikongsikan di TikTok @zacharoy_, kelihatan individu terbabit pada mulanya sedang mengisi Petrol RON95 ke dalam kereta jenis Audi Q5 yang menggunakan nombor pendaftaran Singapura di Stesen Minyak Petron di Taman Sri Andalas, Klang Selangor.
Walau bagaimanapun, tindakannya itu disedari oleh pekerja stesen minyak berkenaan yang dilihat terus menegur individu terbabit.
Bukan itu sahaja, pekerja itu turut menarik serta meletakkan semula nozzle berwarna kuning pada pam berkenaan.
Malah, pekerja stesen minyak itu dilihat turut berkata sesuatu kepada individu terbabit sambil tangannya menunjukkan ke arah nombor plate kereta Audi Q5 itu.
“Pemandu warga Singapura ditangkap isi RON95 di Selangor,” tulis pemilik akaun berkenaan pada ruangan kapsyen.
@zacharoy_ Singaporean driver caught filling ron 95 at selangor #malaysia #singaporecars #ron95 #fyp #viralvideo
♬ original sound – PovBroWhat
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puas Hati Dengan Tindakan Berani Pekerja Stesen Minyak
Video yang telah mendapat lebih 614,000 tontonan dan turut dikongsikan di Threads nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati malah memuji tindakan berani pekerja stesen minyak terbabit yang menegur serta menghalang pemandu kereta Singapura itu dari mengisi RON95.
Bukan itu sahaja, ramai juga mengecam perbuatan pemandu kereta dengan nombor plat Singapura itu yang mengisi kenderaan premiumnya dengan RON95.
Malah, ada juga warganet yang mahu Petron Malaysia memberikan perhargaan kepada pekerja terbabit atas keberaniannya itu.
Kenderaan Berpendaftaran Asing Tak Boleh Isi Petrol RON95, Hanya Boleh Isi RON97
Tahukah anda, kenderaan dengan nombor pendaftaran asing termasuklah Singapura, Thailand atau Indonesia tidak boleh mengisi petrol RON95 meskipun harga telah diapungkan?
Sebaliknya, mereka hanya dibenarkan mengisi minyak jenis RON97.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada September tahun lalu.
Pun begitu, warga asing yang bermastautin di Malaysia dan menggunakan kereta nombor pendaftaran Malaysia boleh membeli RON95 tidak bersubsidi.
Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa individu yang menjual atau membeli Petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing boleh dihukum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Terbaik Pump Attendant, Tegas Menjalankan Tanggungjawab”
![Image from: Tindakan Berani Pekerja Stesen Minyak Halang Kereta Singapura Isi Petrol RON95 Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-10.10.01-AM-1024x773.jpeg)
“Pekerja Macam Ini La Yang Kita Nak, Bukan Tunggu Gaji Je, Yang Penting Faham Undang-Undang Negara & Tanggungjawab”
![Image from: Tindakan Berani Pekerja Stesen Minyak Halang Kereta Singapura Isi Petrol RON95 Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-22-at-10.10.01-AM-1-859x1024.jpeg)
“KPDNHEP, Tolong Ambil Tindakan Kepada Pemandu Singapore Tu & Beri Penghargaan Kepada Abang Pekerja Stesen Minyak Itu”
![Image from: Tindakan Berani Pekerja Stesen Minyak Halang Kereta Singapura Isi Petrol RON95 Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pekerja-stesen-minyak-tegur-orang-singapore_1.jpg)
“Mantap Abang Petron Malaysia, Semoga Naik Gaji”
![Image from: Tindakan Berani Pekerja Stesen Minyak Halang Kereta Singapura Isi Petrol RON95 Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pekerja-stesen-minyak-tegur-orang-singapore_2.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Masih Ramai Yang Tidak Tahu, Minyak RON95 Tidak Boleh Dibeli Kenderaan Nombor Plat Asing
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Singapura Tutup Nombor Plat Dengan ‘Selotep’ Untuk Isi Ron95 Bakal Didakwa Esok




