Tindakan bersepadu tangani isu gangguan seksual

LocalPolitics
26 May 2025 • 3:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Tindakan bersepadu semua pihak amat diperlukan untuk menangani isu gangguan seksual yang menunjukkan peningkatan ketara di seluruh negara kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Menurutnya sebanyak 477 kes gangguan seksual direkodkan pada 2022 dan meningkat kepada 522 kes pada 2023 serta terus melonjak kepada 788 kes sepanjang tahun 2024 berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah setakat Mac tahun ini sahaja katanya sudah terdapat 214 kes dilaporkan termasuk lima berlaku di Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya peningkatan angka tersebut menunjukkan betapa seriusnya masalah gangguan seksual dan keperluan mendesak untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat selain memperkukuhkan saluran bantuan kepada mangsa terlibat.

“Gangguan seksual merupakan perlakuan tidak bermoral yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, umur, bangsa mahupun agama.

“Perkara ini perlu dicegah dari peringkat awal kerana jika dibiarkan boleh membawa kepada jenayah yang lebih serius seperti rogol dan keganasan terhadap wanita,”katanya lagi.

Joachim berkata dermikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2025 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM Farah Adura Hamidi mewakili Menteri KPWKM; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Hamild Awang dan Adun Kukusan Datuk Rina Jainal.

Dalam pada itu beliau menyambut baik inisiatif KPWKM yang memperkenalkan tribunal bagi Antigangguan Seksual (Tags) sebagai saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk memudahkan proses aduan dengan cepat, mudah dan kos minimum.

Justeru beliau menggesa lebih ramai mangsa untuk tampil membuat laporan dan menuntut keadilan.

Katanya isu keganasan terhadap wanita bukan isu terpencil namun ramai mangsa masih takut untuk bersuara kerana stigma, tekanan sosial atau tidak tahu saluran untuk mendapatkan bantuan.

“Kita semua bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong mangsa untuk bangkit membela diri,”tegasnya.

Terdahulu beliau memuji keberhasilan Program Kembara Kasih KPWKM 2025 yang menjelajah enam daerah di Sabah termasuk Tuaran, Papar, Penampang, Lahad Datu, Kunak dan Tawau.

Kembara itu menyaksikan pelaksanaan 34 program melibatkan pelbagai agensi di bawah KPWKM yang menyasarkan kumpulan rentan seperti wanita, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Joachim yang diiringi isteri Datin Seri Linda Ewit turut menyampaikan penghargaan kepada pihak penganjur kerana memilih Sabah sebagai destinasi Kembara Kasih pada tahun ini.

Pada majlis sama beliau menyerahkan Notis Anti Gangguan Seksual kepada jabatan dan agensi berkaitan sebagai simbolik komitmen kerajaan dalam usaha mencegah jenayah berkenaan.