“Mangsa tersebut bukan saya” – Dituduh Teman Wanita CEO Batu, Wanita Tampil Beri Penjelasan

Entertainment
23 May 2025 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak ada angin tak ada ribut, seorang wanita tiba-tiba tampil membuat kenyataan menafikan bahawa dia adalah teman wanita kepada pempengaruh yang kini sedang terpalit dalam isu gangguan seksual terhadap budak berusia 14 tahun.

Dalam hantaran berkenaan, wanita tersebut menafikan yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan CEO Batu dan menjelaskan bahawa dia juga bukanlah mangsa yang dimaksudkan dalam pendedahan Caprice malam tadi.

image is not available

Saya tekankan di sini bahawa mangsa itu bukanlah saya. Saya dengan CEO Batu hanya berurusan isu kerja iaitu content TikTok sahaja.

“Seperti mana video content di TikTok beliau, tiada perkara lebih terjadi setelah tamat shoot content kerja tersebut. Saya dengan beliau juga tiada apa-apa hubungan personal dan tiada berhubung soal personal atau perkara yang tak sepatutnya.

“Harap maklum dan jelas,” kata wanita itu.

image is not available

Harap tindakan sewajarnya diambil

Dalam pada itu, wanita ini juga berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pesalah kerana menganggap situasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada budak di bawah umur.

Dia juga sempat menegaskan bahawa usianya bukanlah 14 tahun seperti yang diperkatakan netizen dan umurnya kini sudah mencecah angka 20-an.

image is not available

image is not available

Apa-apapun min berharap isu ini dapat diselesaikan oleh pihak berwajib segera.

Sumber: Instagram

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.