Tindakan Dua Beradik Selamatkan Budak Yang Sesat Dałam ‘Mall’ Buat Netizen Terharu!

Entertainment
3 Aug 2022 • 1:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalu sangat kita dengar kes anak hilang atau sesat di mana-mana pusat membeli belah di Malaysia. Kadang-kadang ibu bapa pun kita tak boleh salahkan dalam hal ini sebab anak-anak juga selalunya lebih pantas menghilang dan luar di pantauan kita.

Seperti baru-baru ini telah tular di media sosial sebuah video yang memaparkan situasi cemas iaitu budak kehilangan ibu bapanya di sebuah shopping mall di Lembah Klang.

Budak sesat dalam mall menangis mencari ibunya, nasib baik ada yang membantu!

Video tersebut telah dikongsi di laman TikTok Sharifah Azhar (@sharifah.azhar) yang menunjukkan situasi yang agak cemas apabila dia dan adiknya menjumpai seorang budak yang sesat di IOI City Mall pada 1 ogos yang lalu.

@sharifah.azhar

SYUKUR ALHAMDULILLAH. Thank you ALLAH kerana telah permudahkan urusan kami mencari ibu, anak kecil nih image is not availableimage is not available. Thank you so much my lil brother image is not available#budakhilang #shoppingmall #ioicitymall #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #malaysiatiktok

♬ original sound – sharifah.azhar – sharifah.azhar

“Ada hikmah lepas balik kerja terus ke IOI, semata nak beli face mask.”

Pusing satu shopping mall cari ibunya

Dua beradik tersebut membuat keputusan untuk mencari ibunya dan pusing sekitar pusat beli-belah tersebut. Pada asalnya, mereka berdua mengejar budak perempuan tersebut yang dilihat sedang berlari sambil menangis teresak-esak.

“Kami berlari mengejar dia. Then, patah balik semua tempat kali pertama nampak dia untuk cari ibu dia.”

Mereka juga dilihat membelikan budak tersebut air minuman berkultur untuk memujuknya supaya berhenti menangis dan hilangkan rasa takut.

“Perasaan menggigil, berdebar risau. Macam-macam ada.”

Usaha membuahkan hasil, akhirnya jumpa juga ibu dia

Segalanya berakhir apabila dua beradik itu berjaya menjumpai ibunya selepas habis pusing di sekitar mall itu. Apa yang lebih menyayat hati apabila sang ibu tersebut terus mendakap anaknya sambil menangis kesyukuran. Bergenang air mata min!

“Tadi masuk sama-sama dalam kedai, tiba-tiba dia hilang. Cari-cari dalam kedai tak jumpa.”

Ibunya tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua beradik tersebut atas kesanggupan mereka dalam membantu anaknya yang kehilangan. Syukur dapat dekat tangan orang yang baik!

“Alhamdulillah, lega sangat rasa lepas dah selamatkan satu nyawa anak kecil yang tersayang.”

Netizen turut terharu, berlinang air mata!

Netizen juga berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada dua beradik tersebut dan ada yang meluahkan rasa terharu kerana masih ada lagi insan yang berhati murni. Video tersebut meraih 1 juta tontonan dengan 350,000 sukaan di TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

Semoga kisah ini boleh menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya lebih peka terhadap kelakuan anak-anak di luar.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.