“Tindakan Itu Biadap Tapi Darah Muda Saya Tak Boleh Halang” – Simbah Muka Rakan Dengan Air, Ibu Jawab Isu Qistina Raisah Gaduh Lagi

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon remaja, Qistina Raisah sekali lagi terpalit dalam kontroversi ‘bergaduh’ selepas tularnya satu video di Instagram memaparkan dia membaling air ke arah muka seorang gadis.

Bergaduh real atau marketing?

Dapat dilihat dalam video tersebut, mereka sempat bersemuka dan berbincang sebelum Qistina bertindak dengan menyimbah air ke muka, Arnie Shasha.

Kemudiannya, keadaan mula tidak terkawal apabila kedua-dua pihak membuat provokasi, adakah ini semua marketing?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muiz Karim (@muizkarim_)

Difahamkan dari laporan mStar, ibu yang juga merupakan pengurus Qistina berkata pertemuan tersebut dilakukan kerana mahu menyelesaikan salah faham.

Ibu tak setuju dengan tindakan Qistina

Menurut ibunya lagi, hubungan persahabatan aktres itu dan Arnie sudah lama ‘rosak’, lagi menambahkan kemarahan selepas gadis itu memuat naik foto Qistina yang diconteng.

image is not available

Bagaimanapun, ibu Qistina iaitu Roszana tidak bersetuju dengan tindakan anak perempuannya menyimbah air ke muka gadis terbabit kerana disifatkan sebagai biadap.

Bagi saya tindakan itu biadap dan saya nasihatkan dia untuk banyak bersabar tetapi remaja berdarah muda ini, saya tak boleh halang dan apa dia cakap pun betul.. Sampai bila dia nak dibuli?

Sebagai seseorang yang lebih dewasa, Roszana berharap agar Arnie menunjukkan contoh yang lebih baik dan bincang masalah elok-elok tanpa perlu memburukkan imej mana-mana pihak.

image is not available 1 year ago

"Sekurang Dia Tak Diam Diri Lepas Calarkan Reputasi Saya" - Qistina Raisah Berterima Kasih Dituduh 'Play Victim'